Monday, 9 February 2015

PENGENALAN


PENGENALAN
KHAZANAH ILMU PUSAKA WARISAN TANAH MELAYU ANUGERAH AGUNG(SANGAT AMPUH)

MUQADIMAH
Di dalam dunia Melayu, seorang yang mahir dalam ilmu peperangan atau pertarungan adalah digelar sebagai pendekar. Untuk mencapai tahap pendekar seseorang itu haruslah menghadapi ujian yang amat payah.

Sebagai contohnya Hang Tuah tidak terkecuali dalam hal ini. Hang Tuah telah menghadapi ujian pertamanya setelah tamat berguru dengan Sang Aria Putra iaitu terpaksa menghadapi seorang yang Amuk dan mengganas secara membabi buta di pasar dengan bersenjatakan Keris.

Menurut hikayat Hang Tuah, beliau telah menyerang Hang Tuah dengan beberapa tikaman namun setiap tikaman itu Berjaya disalahkan atau dielakkan oleh Hang Tuah dengan berkesan hasil daripada pelajarannya dengan Sang Aria Putra mengenai ilmu perajurit dan hulubalang. Hang Tuah dikatakan tidak tergopoh-gapah dalam menyerang dan akhirnya Berjaya membunuh si pengamuk dengan sebilah kapak. Seperti dalam petikan dalam hikayat Hang Tuah yang berikut:

“Maka orang mengamuk itu pun datanglah ke hadapan Hang Tuah serta ditikamnya dada Hang Tuah, maka Hang Tuah pun melompat menyalahkan tikamannya orang itu, maka salalah tikaman. Maka Hang Tuah pun melompat maka diparangnya kepala orang itu dengan kapak, kena, belah dua, lalu larilah ia, maka orang mengamuk itu pun rebahlah lalu mati.”

Melalui petikan di atas beberapa pengajaran mengenai ilmu pertempuran dan bela diri dapat diperhatikan. Salah satunya ialah ketika berhadapan dengan musuh seorang pendekar Melayu itu haruslah berhati-hati dan tidak tergopoh-gapah dalam membuat serangan balas. Hal ini mempunyai kaitan rapat dengan falsafah seni bela diri Melayu yakni silat yang menekankan penggunaan akal fikiran dan mengutamakan pergerakan mempertahankan diri atau Self Defence daripada pergerakan menyerang.

Ilmu hulubalang atau silat ini juga digunakan oleh Hang Tuah dan hang jebat untuk mematahkan lima orang pengamuk yang ingin membunuh Bendahara paduka raja. Selain itu teks hikayat Hang Tuah juga ada memaparkan beberapa lagi peristiwa pertarungan penting yang menunjukkan bahawa masyarakat Melayu pada zaman dahulu telah mempunyai satu set ilmu atau seni pertahanan dan peperangan yang sama hebatnya dengan seni peperangan bangsa-bangsa utama lain seperti cina dan India. 

Ada maklumat daripada seorang pengkaji yang mengatakan bahawa Hang Tuah juga pernah mengalahkan Ninja dan Samurai upahan kerajaan Siam Ayuthhaya. Pada ketika itu Hang Tuah menjadi duta kerajaan Melaka ke Siam. Hang Tuah berjaya mengelak tetakan dan libasan pedang samurai dengan mudah malahan berjaya mencederakan mereka dan ada yang terputus telinga terkena penangan keris lok 21 sempena Melaka milik Hang Tuah. 

Selain itu apa yang menarik mengenai ilmu kepahlawanan dan peperangan Melayu pada zaman dahulu adalah ianya tidak diajarkan kepada umum dan dianggap sebagai ilmu yang sangat eksklusif untuk golongan yang terpilih sahaja dan oleh kerana itulah tidak ramai yang mengetahui mengenai asal usul sebenarnya ilmu persilatan atau peperangan Melayu kerana banyak maklumat hanya disimpan oleh si pemiliknya sahaja dan rahsia tersebut dijaga dengan ketat sehingga anak cucu mereka.

Sememangnya ilmu persilatan, pertempuran, peperangan atau apa-apa ilmu yang berkaitan dengan seni peperangan adalah ilmu yang dipandang tinggi darjatnya dan hanya golongan tertentu sahaja yang dibenarkan mempelajarinya.

Keselektifan dalam membenarkan seseorang mempelajari ilmu ini adalah juga menunjukkan bahawa pakar ilmu peperangan Melayu pada zaman dahulu mempunyai pemikiran yang terkedepan mengenai konsekuensi yang bakal berlaku sekiranya ilmu tersebut diajarkan kepada orang yang tidak sepatutnya kerana khuatir ilmu tersebut akan disalahgunakan...

KHAZANAH ILMU PUSAKA WARISAN TANAH MELAYU ANUGERAH AGUNG adalah Ilmu Hulubalang yang telah lama wujud didalam masyarakat Melayu dan Seluruh Nusantara Zaman Silam . Ianya telah diwarisi turun menurun , dari abad ke 17 lagi Selepas kebangkitan Islam di Nusantara Tenggara ini termasuk Malaysia , Indonesia , Kehandalan Pahlawan Pahlawan Melayu seperti Hang Tuah,Tok Gajah, Datok Bahaman,Mat Kilau,Tok Janggut,Sharif Masahor,Rosli Dhobi,Mat Salleh,Wali Sembilan di Indonesia seperti Sunan Gunung Jati,Sunan Kali Jaga,Sunan Bonang,Jaka Tingkir,Pangeran Diponegoro dan banyak lagi telah menentang penjajah penjajah dan menegakkan panji panji Islam tetapi ilmu ilmu kebatinan Pahlawan Pahlawan dan para Wali-Wali ini seolah olahnya telah senyap dan hilang .

Dengan daya usaha , serta berkat bimbingan Mahaguru-Mahaguru saya dari dalam dan Luar Negeri serta pertolongan dari Allah S.W.T dapatlah ilmu ini dikembalikan semula kepada cucu cucu sekarang ini dan seterusnya dipelihara untuk dijadikan pegangan hidup dizaman moden yang penuh dengan macam macam pancaroba dan dugaannya. Walaupun ilmu ilmu ini disebarkan secara senyap senyap dikalangan keluarga , saudara mara dan sahabat handai , dimungkinkan oleh oleh pengaruh penjajah pada masa ini .

Alhamdulillah , sekarang ini sudah tiba masa nya bagi pengamal / pewaris ilmu ini menyebar dan mengembangkan amalan amalan ini kepada mereka yang ingin dan berminat untuk mempelajarinya.

Anda adalah merupakan salah seorang yang akan menghidupkan dan menyambung Khazanah amalan Warisan Hulubalang Tanah Melayu ini. Gunakan lah ilmu ini untuk tujuan kebaikan . Saya tidak redha jika sekiranya anda menggunakan ilmu ini untuk tujuan maksiat dan kejahatan . Jika sekiranya sampai ke pengetahuan saya bahawa anda telah menyalah gunakan ilmu ini maka saya tidak teragak agak untuk memansuhkan ilmu ini dari dada anda atau ilmu itu memakan diri anda sendiri ( rosak binasa ) Sebagai pengetahuan dan ingatan anda , ilmu ini adalah berbentuk DEFENSIF. Ianya akan aktif dan bertindak apabila ada Energi Jahat yang akan mengancam diri anda.Semoga ianya dapat dijadikan bahan amalan Dunia dan Akhirat . Sekiranya anda menghadapi apa apa masalah atau ragu – ragu segeralah berhubung dengan saya agar apa yang tersirat akan segera terurai.

Sebagai memenuhi permintaan mereka yang berminat mendalami ilmu Hikmah Islam dan Melayu maka saya sediakan buat anda ilmu-ilmu yang praktikal dan berkesan diamalkan baik bagi keperluan sendiri mahu pun digunakan untuk membantu orang lain.Dengan ini ilmu-ilmu ini lebih tersebar luas diseluruh dunia.

Ilmu ini saya dapatkan secara berguru dan berijazah secara hadir diri dihadapan Guru-Guru Silat dan Kebatinan Melayu. Hasrat saya agar lebih ramai tampil untuk memiliki ilmu ini bagi kepentingan meneruskan perjuangan untuk memastikan setiap orang melayu beragama Islam dimana sahaja didunia ini memiliki ilmu ini agar pusaka bangsa ini terus hidup..Andalah yang akan menjalankan tugas murni ini.Anda semua layak memilikinya.Anda boleh mencari rezeki, kejayaan dan kekayaan melalui ilmu-ilmu yang anda pesan ini dan tentunya semuanya itu untuk mencapai keredhoan Allah dunia Dan Akhirat.Moga niat kita diredhoi Allah .AAMIIN

PERHATIAN:Sebelum ini saya dapati tulisan pengenalan saya di atas telah diciplak oleh beberapa perguruan Di Malaysia,nasihat saya untuk golongan seperti ini untuk tidak sewenangnya menciplak tulisan artikel saya tanpa meminta kebenaran dan keizinan yang sah dari saya selaku penulis artikel asal program keilmuan ini,saya sarankan untuk perguruan seperti ini untuk belajar menghasilkan penulisan sendiri,perbuatan menciplak tulisan saya adalah suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana mengambil kesenangan atas kesusahan orang lain,belajarlah bersabar dan membuat sesuatu dengan sungguh-sungguh,tulislah artikel dengan “trademark” diri sendiri,bukan jadi orang lain,mengambil tulisan saya bererti orang seperti ini tidak memiliki Jati Diri,kerana setahu saya tulisan yang saya buat berdasarkan apa yang saya pelajari di satu-satu perguruan,melalui kajian dan pendalaman saya mengenai hakikat makrifat sesuatu ilmu,melalui rujukan yang banyak melalui proses pembacaan dan pengalaman peribadi diri saya dan anak-anak murid saya. Majoriti pencinta program Keilmuan Anugerah Agung Spiritual Development Centre akan mengetahui corak penulisan saya dan identiti/trade mark Anugerah Agung.Harap Maklum!!!

PAHLAWAN-PAHLAWAN TERSOHOR DAN LAGENDA TANAH MELAYU
HANG TUAH
Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511 A.D. ) Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.
Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang JebatHang KasturiHang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka.
Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara (iaitu Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamuk. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana.
Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelarLaksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari. Dalam pertarungan itu Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari.
Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.
Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu), bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya.
Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya.
Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih menjadi perbalahan orang melayu sampai sekarang.
Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan saja derhaka kepada sultan bahkan telah membunuh ramai orang/ rakyat Melaka yang tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap pembunuh.
Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah "Tak Melayu hilang di dunia" yang bererti bangsa Melayu tidak akan punah di bumi ini.
SHARIF MASAHOR
PEMBESAR Sarikei di Sarawak menentang Inggeris selepas kewibawaan beliau tergugat apabila wilayah itu diletakkan di bawah pentadbiran Brooke. Pada 1855, Sharif menyerang Mukah, mengusir Pangeran Matusin yang menyokong James Brooke. Beliau berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching untuk menghalau Brooke dari Sarawak dengan menyerang Kanowit pada 1856 sebelum berpakat dengan Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim dari Sadong pada 1860 bagi menyerang Kuching, namun gagal. Abdul Ghapur ditahan dan dipenjarakan di Betawi, kapal dan perahu dinaiki Sharif yang bertempur dengan tentera Inggeris di Sungai Sadong ditenggelamkan, menyebabkan beliau berundur ke Mukah.

FAKTA: Rentetan penentangan Sharif Masahor

1841: Brooke mula menjajah Sarawak
1849: Sharif Masahor dilantik Gabenor Sarikei
1855: Penentangan Sharif Masahor bermula dengan menyerang Mukah
1859: Serangan terhadap kubu Kerajaan Brooke di Kanowit
1860: Pertempuran di Sungai Sadong
1861: Sharif Masahor ditangkap dan dibuang ke Singapura
1890: Sharif Masahor meninggal dunia

Angkatan Gabenor Sarikei berjuang habis-habisan usir penjajah
PADA 1855, Gabenor Sarikei, Sharif Masahor bersama pengikutnya yang menaiki 150 perahu menuju ke Mukah, Sarawak dengan keinginan membara.
Dia bersama pengikutnya akan menyerang daerah itu untuk mengusir Pangeran Matusin yang menyokong usaha James Brooke menjajah satu demi satu daerah di Sarawak termasuk ke daerah yang diperintahnya iaitu Sarikei.
Baginya, tindakan Brooke itu sudah melampau. Lelaki itu pada asalnya hanya seorang pendatang asing di kepulauan Borneo tetapi kini bangsa kulit putih itu mahu menjadi raja di tanah orang.
Selepas satu, satu lagi daerah di Sarawak ingin dijajah Brooke hingga kemerdekaan Sarikei yang sebelum itu makmur dan aman diperintah Sharif Masahor ingin ditakluki lelaki asing itu.
Sudah lama dia menjadi Gabenor Sarikei sejak 1849 lagi apabila amanah mentadbir wilayah itu dipertanggungjawabkan Sultan Brunei, Sultan Abdul Mu’mein kepadanya. Sepanjang pemerintahannya, beliau sangat berpengaruh di kalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang.
Bagaimanapun, kini kewibawaan pemerintahannya tercabar apabila Brooke menceroboh kedaulatan wilayah yang ditadbirnya. Bangsa asing itu membina sebuah kubu di Kanowit yang diuruskan Henry Steel tanpa kebenaran dan pengetahuan Sharif Masahor. Tindakan itu seolah-olah usaha pertama dalam cubaan Brooke untuk menjajah Sarikei.
Beberapa ketika kemudian, daratan Mukah kelihatan di hadapan matanya dan sebaik perahu mereka tiba di pinggiran sungai, Sharif Masahor bersama ratusan askar yang menaiki 150 perahu, terus melompat keluar.
Bandar Mukah diserang mereka pada hari itu dan selepas beberapa lama bertempur, angkatan perang Sharif Masahor berjaya menguasai bandar itu seterusnya mengusir keluar Pangeran Matusin.
Bagaimanapun, serangan pahlawan Melayu Sarawak terhadap Pangeran Matusin yang menyokong Brooke menyebabkan bangsa asing itu bertindak balas.
Khuatir kemungkinan penentangan Sharif Masahor akan menjejaskan usaha mereka untuk menjajah serta memerintah Sarawak, Brooke segera mengumumkan yang Sharif Masahor tidak lagi berkuasa di Sarikei dan wilayah itu berada di bawah pemerintahan mereka.
Tindakan penjajah itu menambahkan lagi api kemarahan dan dendam pahlawan itu terhadap Brooke. Sharif Masahor bertekad untuk berjuang habis-habisan bagi mengusir bangsa asing itu dari bumi Sarawak demi membela tanah air tercinta.
Dalam perjuangannya itu, beliau beroleh pakatan daripada seorang lagi pembesar Sarawak iaitu Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching. Datu Patinggi Abdul Ghapur memang berdendam dengan penjajah itu lantaran Brooke sudah menjajah wilayah pemerintahannya sebelum itu.
Seterusnya mereka mula merancang strategi bagi menjayakan hasrat memerdekakan bumi Sarawak daripada penjajahan bangsa asing itu. Sasaran pertama mereka ialah menyerang kepentingan Brooke di Sarikei iaitu kubu bangsa asing itu di Kanowit yang diuruskan Henry Steel.
Seterusnya pada Jun 1859, diketuai pahlawan Melanau iaitu Sawing dan Salakai, kubu Brooke itu diserang menyebabkan dua pegawai bangsa asing iaitu Steel dan Charles Fox, terbunuh.
Serangan dan pembunuhan dua pegawai mereka menyebabkan Brooke tersentak. Kejadian mengejutkan itu segera tersebar di kalangan penduduk British di Sarawak. Takut mereka akan menjadi sasaran amukan penduduk tempatan, ramai orang Eropah mula meninggalkan Sarawak.
Kebangkitan penduduk tempatan bagi menyerang mereka menyebabkan Kerajaan Brooke mula gusar lalu mereka segera bertindak. Pahlawan tempatan yang terbabit dalam serangan itu segera diburu.
Sepuluh yang ditahan dikenakan hukuman bunuh tetapi Kerajaan Brooke gagal mengambil tindakan terhadap Sharif Masahor kerana tidak memiliki bukti yang kukuh untuk mengaitkan pahlawan itu sebagai perancang utama serangan berkenaan.
Gabenor Sarikei dapat bantuan 2 pemimpin
KEJAYAAN serangan pertama itu menyebabkan Sharif Masahor dan Datuk Patinggi Abdul Ghapur mula merancang serangan seterusnya. Kali ini, mendapat bantuan daripada seorang lagi pemimpin tempatan iaitu Pangeran Temenggung Hashim Jalil dari Sadong.
Sasaran mereka pada serangan kali ini ialah Kuching dan perancangan segera diatur - Pangeran Temenggung Hashim Jalil akan memimpin pasukannya menyerang menggunakan jalan darat dari Pontianak, Kalimantan manakala pasukan Sharif Masahor akan mara dari Sarikei dan menyerang dari arah laut.
Bagaimanapun, perancangan itu ‘bocor’ dan diketahui Charles Brooke menyebabkan penjajah itu meminta bantuan Belanda untuk menahan Datu Patinggi Abdul Ghapur. Tokoh pahlawan itu kemudian ditangkap dan dipenjarakan di Betawi seterusnya meninggal dunia di sana.
Penahanan sekutunya itu tidak melemahkan semangat juang Sharif Masahor. Pahlawan itu meneruskan rancangan serangan mereka. Bersama pengikut setianya, beliau mara untuk menyerang Kuching pada Februari 1860.
Akan tetapi, serangan pada kali itu sememangnya sudah dijangka Kerajaan Brooke menyebabkan mereka sudah membuat persediaan bagi menghadapi tentangan itu.
Seterusnya pertempuran hebat berlaku di Sungai Sadong. Pahlawan tempatan menentang hebat tanpa gentar tetapi mereka akhirnya gagal mengatasi kekuatan angkatan perang Kerajaan Brooke.
Kapal dan perahu milik pasukan Sharif Masahor ditenggelamkan manakala 64 pengikutnya terbunuh menyebabkan pahlawan itu terpaksa berundur ke Mukah dan mendapatkan perlindungan daripada iparnya, Pangeran Nipa.
Penjajah terus memburu tokoh berkenaan dan akhirnya mereka dapat mengesan kedudukan Sharif Masahor. Satu angkatan perang dikerahkan menyerang Mukah bagi menangkap Sharif Masahor tetapi usaha penjajah itu gagal kerana kekuatan kubu Pangeran Nipa cukup kuat untuk ditembusi.
Tertekan kerana masih gagal menahan pahlawan Melayu Sarawak itu menyebabkan James Brooke belayar menggunakan kapalnya iaitu ‘Rainbow’ bagi menghadap Sultan Brunei dan memaksa sultan itu menyerahkan Mukah yang berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, kepadanya.
Sebaik memperoleh Mukah daripada Kesultanan Brunei, James Brooke terus memburu Sharif Masahor sehingga pahlawan itu akhirnya ditangkap. Beliau dihukum buang negeri ke Singapura pada 1861.
Perjuangan sucinya bagi membela tanah air gagal dan Sharif Masahor meninggal dunia di Singapura iaitu satu tempat yang amat asing bagi dirinya pada 1890.
Bagaimanapun, semangat dan jasa perjuangan beliau terus kekal diingati melewati masa dan namanya terus terpahat dalam sejarah tanah air sebagai seorang pejuang kemerdekaan menentang penjajah

MAT KILAU
Mat Kilau dilahirkan pada tahun 1865/1866 di Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut Pahang di dalam zaman pemerintahan Sultan Ahmad Al-Muazam Shah. Anak kepada Imam Perang Rasu @Tok Gajah @Katib Rasu dan ibunya bernama Mahda anak kepada Tok Kaut di Burau.

Beliau terkenal kerana membantu Tok Bahaman yang pernah saya ceritakan dalam entro lepas, dalam menentang British di Pahang. Kehebatan Mat Kilau yang punyai pelbagai ilmu termasuk ilmu kebal telah mendorong Tok Bahaman meminta bantuannya.

Meninjau kehidupan pejuang bernama Mat Kilau ini, beliau telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Yang Chik binti Imam Daud yang berasal dari Kampung Kedondong dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Ilmu kepahlawanannya dipelajari daripada ayahandanya dan beberapa orang guru yang lain. Beliau juga pernah berguru kepada seorang wali Allah iaitu Tukku Paloh seorang ulama terbilang di Terengganu.

Sebagai seorang pahlawan Melayu dan pejuang , Mat Kilau banyak mengamalkan amalan-amalan seperti mantera, jampi serapah, doa, isim dan silat untuk mempertahankan diri sendiri dan untuk menewaskan musuh.

Oleh kerana dianggap sebagai penderhaka oleh penjajah British, Mat Kilau terpaksa bersembunyi dan berpindah randah sehingga akhirnya menetap di Gambang Kuantan dengan memakai nama samaran iaitu Mat Siam

Akhirnya pada 26 Disember 1969, Mat Siam menggemparkan seluruh Malaysia dengan mendakwa bahawa beliaulah sebenarnya Mat Kilau. Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah Jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan itu. Akhirnya, tepat jam 10.30 pagi hari Khamis, 6hb Ogos 1970 Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Empat hari selepas pengiktirafan itu, beliau kembali ke rahmatullah ketika berusia 122 tahun.

TOK JANGGUT
TOK JANGGUT atau HAJI MAT HASSAN
(i) Latar belakang
– nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
– dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada
– dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
– mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
– mahir dalam ilmu persilatan
– menetap di Kampung Nering, Kelantan
– bekerja sebagai petani dan peniaga

FAKTOR PENENTANGAN
a)British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar cukai tanah pada tahun 1915.
b)Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau.
c)Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar.Penduduk yang gagal membayar cukai akan di tangkap dan didenda.Sikap biadap pengawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.
d)Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.

:: TOK JANGGUT PEJUANG JIHAD ::

Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.
Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pada mereka jika tindakan Tok Janggut tidak disekat, maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan terjejas.

Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Janggut. Apabila tokoh yang juga ulama itu meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat Hassan juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang.
Seterusnya mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya, dengan harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan pengkhianat bangsa dan negara.
Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha itu tidak berhasil kerana masyarakat masih menyanjung sumbangan Tok Janggut berserta sahabat dan pengikutnya terhadap negara.
Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih kekal disanjung sehingga kini.
Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil. Beliau dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Berikutan ayahandanya berkhidmat sebagai panglima istana, dia turut dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram.
Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masih di Makkah, Patani dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya berikhtiar membebaskan jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu, Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri Melayu di Utara dan Timur Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat Semenanjung.
Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.
Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan.
Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak terdaya melawan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk menubuhkan barisan menentang penjajah itu.
Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman.
Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu.
Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.
Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati.
Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk mengutip hasil kerana hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung. Berikutan itu, Mat Hassan memutuskan tidak membayar cukai dan memulakan kempen penentangan.
Disebabkan tidak sanggup menahan derita, ramai penduduk menyebelahi Tok Janggut dan kesedaran membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi prolog kisah perjuangannya.
Pada 29 April 1915, Mat Hassan bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka.
Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang berasal dari Singapura iaitu Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Mat Hassan.
Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April bagi memaksa Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata.
Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul persengketaan. Beliau tidak setuju polis berjalan di belakangnya kerana kelihatan seolah-olah mereka mengawal tindakannya daripada melarikan diri dan mahu polis berjalan seiring atau di hadapannya.
Bagaimanapun polis tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan kerisnya sehingga mati. Itulah permulaan peperangan antara Tok Janggut dengan Inggeris.
Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pegawai Inggeris di jajahan itu melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut berjaya menawan Pasir Puteh dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau diisytihar Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja.
Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak istana di Kota Bharu kerana sebelum ini sultan sudah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan memastikan kekacauan tidak berlaku di Kelantan.
Sejurus selepas berunding dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad ke-IV mengarahkan Datuk Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik Mahmud Ismail bertolak ke Pasir Puteh untuk berunding dan mereka meminta bantuan Datuk Imam Lebai Kadir.
Ungku Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan menghalau Latiff yang dianggap sebagai penindas.
Atas cadangan Penasihat British dan sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk Menteri, Sultan Muhammad ke-IV memutuskan menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas kesalahan menderhaka.
Malah, satu tawaran turut dihebahkan kepada masyarakat bahawa sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya akan menerima ganjaran.
Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan menghadapi kebangkitan Tok Janggut, selain mengesyaki baginda dan beberapa pembesar seperti Tengku Chik Penambang bersimpati dengan Tok Janggut.
Beliau meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke Kelantan dan seramai 239 askar Inggeris dihantar ke negeri itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok Janggut mengambil keputusan bijak dengan tidak berdepan pasukan Inggeris yang mempunyai kelengkapan senjata itu. Sebaliknya, mereka bersembunyi dan selepas seminggu, tentera Inggeris terpaksa kembali ke Singapura.
Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris kembali membawa masuk tentera Sikh untuk membakar rumah penduduk kampung. Tindakan itu mencetuskan kemarahan Tok Janggut dan menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 1915.
Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula memimpin pasukan Malay State Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan menggeledah rumah Khatib Abu Bakar di Kampung Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ.
Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada mencerobohi rumahnya dan akibatnya beliau ditikam mati.
Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari Kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu akbar!”, Tok Janggut dan pasukannya bertempur hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut terbunuh bersama ramai pengikutnya.
Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan

ROSLI DHOBI
Rosli Dhoby ialah seorang anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu telah menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.

Beliau telah dipilih oleh Rukun 13 (mengambil nama sempena 13 rukun dalam sembahyang), dimana Rukun 13 ini ditubuhkan untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka. Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua Sarawak Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember, 1949. Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi Melanau yang dipanggil Badik.

Pada 15 Disember1949, Rosli telah dihukum gantung sampai mati di penjara Kuching tanpa batu nisan..namun beliau telah dikebumikan semula pada 2Mac 1996 di Sibu.

Ini adalah isi kandungan warkah terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sebelum dihukum gantung :
Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.
2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.
3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.
4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.
5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.
(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud. Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)
6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.
7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.
8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.
Salam sembah dari anakanda.
Rosli Dhoby
1 Mac, 1950.
SIAPA YANG PATUT MEMPELAJARI KHAZANAH ILMU PUSAKA WARISAN TANAH MELAYU ANUGERAH AGUNG INI?
Sesiapa sahaja, boleh memiliki Keilmuan Khazanah Warisan Hulubalang Tanah Melayu ini! tapi yang paling baiknya! :

1. Guru-guru atau jurulatih-jurulatih (instruktor) seni silat (baik di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura atau di mana jua mereka berada) yang ingin menambah ilmu di dada dan sanggup membuka minda untuk menerima ilmu-ilmu pengetahuan berkaitan (ilmu kebatinan) walaupun ilmu pengetahuan yang akan disampaikan adalah dari cabang atau rumpun seni silat yang lain.

2. Ahli-ahli beladiri lain (selain daripada seni silat) yang ingin memahami dan menguasai seni tersebut (ilmu-ilmu kebatinan) dan sanggup berfikiran terbuka untuk mengetahuinya.

3. Sesiapa sahaja (di kalangan anda) yang sanggup berfikiran terbuka dan sanggup berminda optimistik, serta tidak terlalu terpengaruh dengan cerita-cerita di televisyen yang menayangkan segala keburukan, kejahatan, keganasan dan kekasaran seorang ahli beladiri, seolah-olah semua ahli beladiri ini adalah jahat-jahat belaka (zahir ataupun batin). Anda perlu faham bahawa baik dan buruk itu ada di mana-mana, dan begitu jugalah dalam dunia kebatinan. Sebenarnya, individu itu sendirilah yang akan menentukan jalan yang akan dilaluinya nanti berpandukan apa jua ilmu pengetahuan yang telah dipelajari, sama ada untuk kebaikan ataupun kejahatan.

4. Sesiapa sahaja (di kalangan anda) yang ingin memahami rahsia-rahsia kebatinan pendekar handalan di zaman silam seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Tok Janggut,Syarif Masahor,Megat Terawih, Mat Salleh dan seumpamanya.

5. Sesiapa sahaja (di kalangan anda) yang sanggup membuka minda dan hati untuk memahami dunia kependekaran dari aspek ilmu kebatinan.

6. Sesiapa sahaja (di kalangan anda) yang ingin mempelajari dengan pantas selok-belok ilmu kebatinan tanpa perlu pergi merantau ke seluruh pelosok gelanggang dan benua semata-mata ingin mempelajari, seterusnya menguasai ilmu-ilmu pengetahuan seumpama itu yang amat jarang didedahkan.

7. Sesiapa sahaja (di kalangan anda) yang mengakui bahawa ilmu Allah itu amat luas dan tidak sekali berfikir secara negatif dengan keegoan bahawa tiada wujud ilmu pengetahuan (kebatinan) seperti yang bakal dinyatakan.

8. Sesiapa sahaja (di kalangan anda) yang sanggup membuang jauh keegoan dan membuka hati untuk berkongsi ilmu pengetahuan sesama manusia, sesungguhnya ilmu Allah sangat luas.