PENGENALAN
KHAZANAH
ILMU PUSAKA WARISAN TANAH MELAYU ANUGERAH AGUNG(SANGAT AMPUH)
MUQADIMAH
Di dalam dunia Melayu, seorang yang mahir
dalam ilmu peperangan atau pertarungan adalah digelar sebagai pendekar. Untuk
mencapai tahap pendekar seseorang itu haruslah menghadapi ujian yang amat
payah.
Sebagai contohnya Hang Tuah tidak terkecuali
dalam hal ini. Hang Tuah telah menghadapi ujian pertamanya setelah tamat
berguru dengan Sang Aria Putra iaitu terpaksa menghadapi seorang yang Amuk dan
mengganas secara membabi buta di pasar dengan bersenjatakan Keris.
Menurut hikayat Hang Tuah, beliau telah
menyerang Hang Tuah dengan beberapa tikaman namun setiap tikaman itu Berjaya
disalahkan atau dielakkan oleh Hang Tuah dengan berkesan hasil daripada
pelajarannya dengan Sang Aria Putra mengenai ilmu perajurit dan hulubalang.
Hang Tuah dikatakan tidak tergopoh-gapah dalam menyerang dan akhirnya Berjaya
membunuh si pengamuk dengan sebilah kapak. Seperti dalam petikan dalam hikayat Hang
Tuah yang berikut:
“Maka orang mengamuk itu pun datanglah ke
hadapan Hang Tuah serta ditikamnya dada Hang Tuah, maka Hang Tuah pun melompat
menyalahkan tikamannya orang itu, maka salalah tikaman. Maka Hang Tuah pun
melompat maka diparangnya kepala orang itu dengan kapak, kena, belah dua, lalu
larilah ia, maka orang mengamuk itu pun rebahlah lalu mati.”
Melalui petikan di atas beberapa pengajaran
mengenai ilmu pertempuran dan bela diri dapat diperhatikan. Salah satunya ialah
ketika berhadapan dengan musuh seorang pendekar Melayu itu haruslah
berhati-hati dan tidak tergopoh-gapah dalam membuat serangan balas. Hal ini
mempunyai kaitan rapat dengan falsafah seni bela diri Melayu yakni silat
yang menekankan penggunaan akal fikiran dan mengutamakan pergerakan
mempertahankan diri atau Self Defence daripada pergerakan menyerang.
Ilmu hulubalang atau silat ini juga digunakan
oleh Hang Tuah dan hang jebat untuk mematahkan lima orang pengamuk yang ingin
membunuh Bendahara paduka raja. Selain itu teks hikayat Hang Tuah juga ada
memaparkan beberapa lagi peristiwa pertarungan penting yang menunjukkan
bahawa masyarakat Melayu pada zaman dahulu telah mempunyai satu set ilmu atau
seni pertahanan dan peperangan yang sama hebatnya dengan seni peperangan
bangsa-bangsa utama lain seperti cina dan India.
Ada maklumat daripada seorang pengkaji yang
mengatakan bahawa Hang Tuah juga pernah mengalahkan Ninja dan Samurai
upahan kerajaan Siam Ayuthhaya. Pada ketika itu Hang Tuah menjadi duta kerajaan
Melaka ke Siam. Hang Tuah berjaya mengelak tetakan dan libasan pedang samurai
dengan mudah malahan berjaya mencederakan mereka dan ada yang terputus
telinga terkena penangan keris lok 21 sempena Melaka milik Hang Tuah.
Selain itu apa yang menarik mengenai ilmu
kepahlawanan dan peperangan Melayu pada zaman dahulu adalah ianya tidak
diajarkan kepada umum dan dianggap sebagai ilmu yang sangat eksklusif
untuk golongan yang terpilih sahaja dan oleh kerana
itulah tidak ramai yang mengetahui mengenai asal usul sebenarnya ilmu
persilatan atau peperangan Melayu kerana banyak maklumat hanya disimpan oleh si
pemiliknya sahaja dan rahsia tersebut dijaga dengan ketat sehingga anak cucu
mereka.
Sememangnya ilmu persilatan, pertempuran,
peperangan atau apa-apa ilmu yang berkaitan dengan seni peperangan adalah ilmu
yang dipandang tinggi darjatnya dan hanya golongan tertentu sahaja yang
dibenarkan mempelajarinya.
Keselektifan dalam membenarkan seseorang
mempelajari ilmu ini adalah juga menunjukkan bahawa pakar ilmu peperangan
Melayu pada zaman dahulu mempunyai pemikiran yang
terkedepan mengenai konsekuensi yang bakal berlaku sekiranya ilmu tersebut
diajarkan kepada orang yang tidak sepatutnya kerana khuatir ilmu tersebut akan
disalahgunakan...
KHAZANAH ILMU PUSAKA WARISAN TANAH MELAYU ANUGERAH
AGUNG adalah Ilmu Hulubalang yang telah lama wujud didalam masyarakat Melayu
dan Seluruh Nusantara Zaman Silam . Ianya telah diwarisi turun menurun , dari
abad ke 17 lagi Selepas kebangkitan Islam di Nusantara Tenggara ini termasuk
Malaysia , Indonesia , Kehandalan Pahlawan Pahlawan Melayu seperti Hang
Tuah,Tok Gajah, Datok Bahaman,Mat Kilau,Tok Janggut,Sharif Masahor,Rosli
Dhobi,Mat Salleh,Wali Sembilan di Indonesia seperti Sunan Gunung Jati,Sunan
Kali Jaga,Sunan Bonang,Jaka Tingkir,Pangeran Diponegoro dan banyak lagi telah
menentang penjajah penjajah dan menegakkan panji panji Islam tetapi ilmu ilmu
kebatinan Pahlawan Pahlawan dan para Wali-Wali ini seolah olahnya telah senyap
dan hilang .
Dengan daya usaha , serta berkat bimbingan
Mahaguru-Mahaguru saya dari dalam dan Luar Negeri serta pertolongan dari Allah
S.W.T dapatlah ilmu ini dikembalikan semula kepada cucu cucu sekarang ini dan
seterusnya dipelihara untuk dijadikan pegangan hidup dizaman moden yang penuh
dengan macam macam pancaroba dan dugaannya. Walaupun ilmu ilmu ini disebarkan
secara senyap senyap dikalangan keluarga , saudara mara dan sahabat handai , dimungkinkan
oleh oleh pengaruh penjajah pada masa ini .
Alhamdulillah , sekarang ini sudah tiba masa
nya bagi pengamal / pewaris ilmu ini menyebar dan mengembangkan amalan amalan
ini kepada mereka yang ingin dan berminat untuk mempelajarinya.
Anda adalah merupakan salah seorang yang akan
menghidupkan dan menyambung Khazanah amalan Warisan Hulubalang Tanah Melayu ini.
Gunakan lah ilmu ini untuk tujuan kebaikan . Saya tidak redha jika sekiranya
anda menggunakan ilmu ini untuk tujuan maksiat dan kejahatan . Jika sekiranya
sampai ke pengetahuan saya bahawa anda telah menyalah gunakan ilmu ini maka
saya tidak teragak agak untuk memansuhkan ilmu ini dari dada anda atau ilmu itu
memakan diri anda sendiri ( rosak binasa ) Sebagai pengetahuan dan ingatan anda
, ilmu ini adalah berbentuk DEFENSIF. Ianya akan aktif dan bertindak apabila
ada Energi Jahat yang akan mengancam diri anda.Semoga ianya dapat dijadikan
bahan amalan Dunia dan Akhirat . Sekiranya anda menghadapi apa apa masalah atau
ragu – ragu segeralah berhubung dengan saya agar apa yang tersirat akan segera
terurai.
Sebagai memenuhi permintaan mereka yang
berminat mendalami ilmu Hikmah Islam dan Melayu maka saya sediakan buat anda
ilmu-ilmu yang praktikal dan berkesan diamalkan baik bagi keperluan sendiri
mahu pun digunakan untuk membantu orang lain.Dengan ini ilmu-ilmu ini lebih
tersebar luas diseluruh dunia.
Ilmu ini saya dapatkan secara berguru dan
berijazah secara hadir diri dihadapan Guru-Guru Silat dan Kebatinan Melayu.
Hasrat saya agar lebih ramai tampil untuk memiliki ilmu ini bagi kepentingan
meneruskan perjuangan untuk memastikan setiap orang melayu beragama Islam
dimana sahaja didunia ini memiliki ilmu ini agar pusaka bangsa ini terus
hidup..Andalah yang akan menjalankan tugas murni ini.Anda semua layak
memilikinya.Anda boleh mencari rezeki, kejayaan dan kekayaan melalui ilmu-ilmu
yang anda pesan ini dan tentunya semuanya itu untuk mencapai keredhoan Allah
dunia Dan Akhirat.Moga niat kita diredhoi Allah .AAMIIN
PERHATIAN:Sebelum
ini saya dapati tulisan pengenalan saya di atas telah diciplak oleh beberapa
perguruan Di Malaysia,nasihat saya untuk golongan seperti ini untuk tidak
sewenangnya menciplak tulisan artikel saya tanpa meminta kebenaran dan keizinan
yang sah dari saya selaku penulis artikel asal program keilmuan ini,saya
sarankan untuk perguruan seperti ini untuk belajar menghasilkan penulisan
sendiri,perbuatan menciplak tulisan saya adalah suatu perbuatan yang tidak
bertanggungjawab kerana mengambil kesenangan atas kesusahan orang lain,belajarlah
bersabar dan membuat sesuatu dengan sungguh-sungguh,tulislah artikel dengan “trademark”
diri sendiri,bukan jadi orang lain,mengambil tulisan saya bererti orang seperti
ini tidak memiliki Jati Diri,kerana setahu saya tulisan yang saya buat
berdasarkan apa yang saya pelajari di satu-satu perguruan,melalui kajian dan
pendalaman saya mengenai hakikat makrifat sesuatu ilmu,melalui rujukan yang
banyak melalui proses pembacaan dan pengalaman peribadi diri saya dan anak-anak
murid saya. Majoriti pencinta program Keilmuan Anugerah Agung Spiritual
Development Centre akan mengetahui corak penulisan saya dan identiti/trade mark
Anugerah Agung.Harap Maklum!!!
PAHLAWAN-PAHLAWAN
TERSOHOR DAN LAGENDA TANAH MELAYU
HANG TUAH
Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu
pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu
Melaka) bermula pada 1400-1511 A.D. ) Menurut rekod sejarah, beliau lahir
di Kampung Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444
A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati.
Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang
handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di
istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja
dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.
Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut
ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali
ke kota Melaka.
Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan
Dato' Bendahara (iaitu Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang
mengamuk. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka
semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana.
Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya
amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelarLaksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa,
Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari. Dalam pertarungan itu Taming Sari, seorang
pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui
bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya.
Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan
dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara
Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming
Sari.
Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi
mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri
Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang
mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi
dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang
Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga
turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh
kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun,
hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah
disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.
Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi
Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan
kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa
Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu), bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil
alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang
Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya
keris Taming Sari di tangannya.
Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan
berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu baginda baru menyesal kerana
membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara memberitahu
yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan
dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah
akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan
membunuhnya.
Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat
telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah
telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan.
Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa
jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah
yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang
tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih menjadi
perbalahan orang melayu sampai sekarang.
Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang
Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan saja derhaka kepada sultan
bahkan telah membunuh ramai orang/ rakyat Melaka yang tidak berdosa dengan
mengamuk di dalam istana dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah yang membunuh
Hang Jebat mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap pembunuh.
Sumpah yang terkenal
daripada Hang Tuah ialah "Tak Melayu
hilang di dunia" yang bererti bangsa Melayu tidak akan
punah di bumi ini.
SHARIF
MASAHOR
PEMBESAR
Sarikei di Sarawak menentang Inggeris selepas kewibawaan beliau tergugat
apabila wilayah itu diletakkan di bawah pentadbiran Brooke. Pada 1855, Sharif
menyerang Mukah, mengusir Pangeran Matusin yang menyokong James Brooke. Beliau
berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching untuk menghalau Brooke
dari Sarawak dengan menyerang Kanowit pada 1856 sebelum berpakat dengan Abdul
Ghapur dan Temenggung Hashim dari Sadong pada 1860 bagi menyerang Kuching,
namun gagal. Abdul Ghapur ditahan dan dipenjarakan di Betawi, kapal dan perahu
dinaiki Sharif yang bertempur dengan tentera Inggeris di Sungai Sadong
ditenggelamkan, menyebabkan beliau berundur ke Mukah.
FAKTA:
Rentetan penentangan Sharif Masahor
1841: Brooke mula menjajah Sarawak
1849: Sharif Masahor dilantik Gabenor Sarikei
1855: Penentangan Sharif Masahor bermula dengan menyerang Mukah
1859: Serangan terhadap kubu Kerajaan Brooke di Kanowit
1860: Pertempuran di Sungai Sadong
1861: Sharif Masahor ditangkap dan dibuang ke Singapura
1890: Sharif Masahor meninggal dunia
1841: Brooke mula menjajah Sarawak
1849: Sharif Masahor dilantik Gabenor Sarikei
1855: Penentangan Sharif Masahor bermula dengan menyerang Mukah
1859: Serangan terhadap kubu Kerajaan Brooke di Kanowit
1860: Pertempuran di Sungai Sadong
1861: Sharif Masahor ditangkap dan dibuang ke Singapura
1890: Sharif Masahor meninggal dunia
Angkatan Gabenor Sarikei berjuang
habis-habisan usir penjajah
PADA 1855, Gabenor Sarikei, Sharif
Masahor bersama pengikutnya yang menaiki 150 perahu menuju ke Mukah, Sarawak
dengan keinginan membara.
Dia bersama pengikutnya akan menyerang
daerah itu untuk mengusir Pangeran Matusin yang menyokong usaha James Brooke
menjajah satu demi satu daerah di Sarawak termasuk ke daerah yang diperintahnya
iaitu Sarikei.
Baginya, tindakan Brooke itu sudah
melampau. Lelaki itu pada asalnya hanya seorang pendatang asing di kepulauan
Borneo tetapi kini bangsa kulit putih itu mahu menjadi raja di tanah orang.
Selepas satu, satu lagi daerah di
Sarawak ingin dijajah Brooke hingga kemerdekaan Sarikei yang sebelum itu makmur
dan aman diperintah Sharif Masahor ingin ditakluki lelaki asing itu.
Sudah lama dia menjadi Gabenor Sarikei
sejak 1849 lagi apabila amanah mentadbir wilayah itu dipertanggungjawabkan
Sultan Brunei, Sultan Abdul Mu’mein kepadanya. Sepanjang pemerintahannya,
beliau sangat berpengaruh di kalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang
Iban di Sungai Skrang.
Bagaimanapun, kini kewibawaan
pemerintahannya tercabar apabila Brooke menceroboh kedaulatan wilayah yang
ditadbirnya. Bangsa asing itu membina sebuah kubu di Kanowit yang diuruskan
Henry Steel tanpa kebenaran dan pengetahuan Sharif Masahor. Tindakan itu
seolah-olah usaha pertama dalam cubaan Brooke untuk menjajah Sarikei.
Beberapa ketika kemudian, daratan Mukah
kelihatan di hadapan matanya dan sebaik perahu mereka tiba di pinggiran sungai,
Sharif Masahor bersama ratusan askar yang menaiki 150 perahu, terus melompat
keluar.
Bandar Mukah diserang mereka pada hari
itu dan selepas beberapa lama bertempur, angkatan perang Sharif Masahor berjaya
menguasai bandar itu seterusnya mengusir keluar Pangeran Matusin.
Bagaimanapun, serangan pahlawan Melayu
Sarawak terhadap Pangeran Matusin yang menyokong Brooke menyebabkan bangsa
asing itu bertindak balas.
Khuatir kemungkinan penentangan Sharif
Masahor akan menjejaskan usaha mereka untuk menjajah serta memerintah Sarawak,
Brooke segera mengumumkan yang Sharif Masahor tidak lagi berkuasa di Sarikei
dan wilayah itu berada di bawah pemerintahan mereka.
Tindakan penjajah itu menambahkan lagi
api kemarahan dan dendam pahlawan itu terhadap Brooke. Sharif Masahor bertekad
untuk berjuang habis-habisan bagi mengusir bangsa asing itu dari bumi Sarawak
demi membela tanah air tercinta.
Dalam perjuangannya itu, beliau beroleh
pakatan daripada seorang lagi pembesar Sarawak iaitu Datu Patinggi Abdul Ghapur
dari Kuching. Datu Patinggi Abdul Ghapur memang berdendam dengan penjajah itu
lantaran Brooke sudah menjajah wilayah pemerintahannya sebelum itu.
Seterusnya mereka mula merancang strategi
bagi menjayakan hasrat memerdekakan bumi Sarawak daripada penjajahan bangsa
asing itu. Sasaran pertama mereka ialah menyerang kepentingan Brooke di Sarikei
iaitu kubu bangsa asing itu di Kanowit yang diuruskan Henry Steel.
Seterusnya pada Jun 1859, diketuai
pahlawan Melanau iaitu Sawing dan Salakai, kubu Brooke itu diserang menyebabkan
dua pegawai bangsa asing iaitu Steel dan Charles Fox, terbunuh.
Serangan dan pembunuhan dua pegawai
mereka menyebabkan Brooke tersentak. Kejadian mengejutkan itu segera tersebar
di kalangan penduduk British di Sarawak. Takut mereka akan menjadi sasaran
amukan penduduk tempatan, ramai orang Eropah mula meninggalkan Sarawak.
Kebangkitan penduduk tempatan bagi
menyerang mereka menyebabkan Kerajaan Brooke mula gusar lalu mereka segera
bertindak. Pahlawan tempatan yang terbabit dalam serangan itu segera diburu.
Sepuluh yang ditahan dikenakan hukuman
bunuh tetapi Kerajaan Brooke gagal mengambil tindakan terhadap Sharif Masahor
kerana tidak memiliki bukti yang kukuh untuk mengaitkan pahlawan itu sebagai
perancang utama serangan berkenaan.
Gabenor Sarikei dapat bantuan 2
pemimpin
KEJAYAAN serangan pertama itu
menyebabkan Sharif Masahor dan Datuk Patinggi Abdul Ghapur mula merancang
serangan seterusnya. Kali ini, mendapat bantuan daripada seorang lagi pemimpin
tempatan iaitu Pangeran Temenggung Hashim Jalil dari Sadong.
Sasaran mereka pada serangan kali ini
ialah Kuching dan perancangan segera diatur - Pangeran Temenggung Hashim Jalil
akan memimpin pasukannya menyerang menggunakan jalan darat dari Pontianak,
Kalimantan manakala pasukan Sharif Masahor akan mara dari Sarikei dan menyerang
dari arah laut.
Bagaimanapun, perancangan itu ‘bocor’
dan diketahui Charles Brooke menyebabkan penjajah itu meminta bantuan Belanda
untuk menahan Datu Patinggi Abdul Ghapur. Tokoh pahlawan itu kemudian ditangkap
dan dipenjarakan di Betawi seterusnya meninggal dunia di sana.
Penahanan sekutunya itu tidak
melemahkan semangat juang Sharif Masahor. Pahlawan itu meneruskan rancangan
serangan mereka. Bersama pengikut setianya, beliau mara untuk menyerang Kuching
pada Februari 1860.
Akan tetapi, serangan pada kali itu
sememangnya sudah dijangka Kerajaan Brooke menyebabkan mereka sudah membuat
persediaan bagi menghadapi tentangan itu.
Seterusnya pertempuran hebat berlaku di
Sungai Sadong. Pahlawan tempatan menentang hebat tanpa gentar tetapi mereka
akhirnya gagal mengatasi kekuatan angkatan perang Kerajaan Brooke.
Kapal dan perahu milik pasukan Sharif
Masahor ditenggelamkan manakala 64 pengikutnya terbunuh menyebabkan pahlawan
itu terpaksa berundur ke Mukah dan mendapatkan perlindungan daripada iparnya,
Pangeran Nipa.
Penjajah terus memburu tokoh berkenaan
dan akhirnya mereka dapat mengesan kedudukan Sharif Masahor. Satu angkatan
perang dikerahkan menyerang Mukah bagi menangkap Sharif Masahor tetapi usaha
penjajah itu gagal kerana kekuatan kubu Pangeran Nipa cukup kuat untuk
ditembusi.
Tertekan kerana masih gagal menahan
pahlawan Melayu Sarawak itu menyebabkan James Brooke belayar menggunakan
kapalnya iaitu ‘Rainbow’ bagi menghadap Sultan Brunei dan memaksa sultan itu
menyerahkan Mukah yang berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei,
kepadanya.
Sebaik memperoleh Mukah daripada
Kesultanan Brunei, James Brooke terus memburu Sharif Masahor sehingga pahlawan
itu akhirnya ditangkap. Beliau dihukum buang negeri ke Singapura pada 1861.
Perjuangan sucinya bagi membela tanah
air gagal dan Sharif Masahor meninggal dunia di Singapura iaitu satu tempat
yang amat asing bagi dirinya pada 1890.
Bagaimanapun, semangat dan jasa
perjuangan beliau terus kekal diingati melewati masa dan namanya terus terpahat
dalam sejarah tanah air sebagai seorang pejuang kemerdekaan menentang penjajah
MAT KILAU
Mat
Kilau dilahirkan pada tahun 1865/1866 di
Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut Pahang di dalam zaman pemerintahan Sultan
Ahmad Al-Muazam Shah. Anak kepada Imam Perang Rasu @Tok Gajah @Katib Rasu dan
ibunya bernama Mahda anak kepada Tok Kaut di Burau.
Beliau
terkenal kerana membantu Tok Bahaman yang pernah saya ceritakan dalam entro
lepas, dalam menentang British di Pahang. Kehebatan Mat Kilau yang punyai
pelbagai ilmu termasuk ilmu kebal telah mendorong Tok Bahaman meminta
bantuannya.
Meninjau
kehidupan pejuang bernama Mat Kilau ini, beliau telah berkahwin dengan seorang
wanita bernama Yang Chik binti Imam Daud yang berasal dari Kampung Kedondong
dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Ilmu kepahlawanannya dipelajari daripada
ayahandanya dan beberapa orang guru yang lain. Beliau juga pernah berguru
kepada seorang wali Allah iaitu Tukku Paloh seorang ulama terbilang di
Terengganu.
Sebagai
seorang pahlawan Melayu dan pejuang , Mat Kilau banyak
mengamalkan amalan-amalan seperti mantera, jampi serapah, doa, isim dan silat
untuk mempertahankan diri sendiri dan untuk menewaskan musuh.
Oleh
kerana dianggap sebagai penderhaka oleh penjajah British, Mat Kilau terpaksa
bersembunyi dan berpindah randah sehingga akhirnya menetap di Gambang Kuantan
dengan memakai nama samaran iaitu Mat Siam
Akhirnya
pada 26 Disember 1969, Mat Siam menggemparkan seluruh Malaysia
dengan mendakwa bahawa beliaulah sebenarnya Mat Kilau. Kerajaan
Pahang menubuhkan sebuah Jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan itu.
Akhirnya, tepat jam 10.30 pagi hari Khamis, 6hb Ogos 1970 Mat Siam
diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Empat hari selepas
pengiktirafan itu, beliau kembali ke rahmatullah ketika berusia 122 tahun.
TOK
JANGGUT
TOK
JANGGUT atau HAJI MAT HASSAN
(i) Latar
belakang
– nama
sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
–
dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras
dada
–
dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
–
mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
–
mahir dalam ilmu persilatan
– menetap
di Kampung Nering, Kelantan
–
bekerja sebagai petani dan peniaga
FAKTOR PENENTANGAN
a)British
memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar cukai
tanah pada tahun 1915.
b)Petani
dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang
berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau.
c)Kesukaran
membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar.Penduduk yang gagal
membayar cukai akan di tangkap dan didenda.Sikap biadap pengawai
British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.
d)Sentimen
anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam
berjihad menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut seruan
tersebut dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.
:: TOK JANGGUT PEJUANG JIHAD ::
Perjuangan
tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah
perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan
‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.
Inggeris
benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu berikutan kesan
dan pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pada mereka jika tindakan Tok
Janggut tidak disekat, maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan
terjejas.
Mereka
mengambil keputusan membunuh Tok Janggut. Apabila tokoh yang juga ulama itu
meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat Hassan juga perlu dihapuskan bagi
mengelakkan peristiwa itu berulang.
Seterusnya
mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya, dengan
harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan
pengkhianat bangsa dan negara.
Umpama
menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha itu tidak berhasil kerana
masyarakat masih menyanjung sumbangan Tok Janggut berserta sahabat dan pengikutnya
terhadap negara.
Walaupun
usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian,
semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa tokoh
itu masih kekal disanjung sehingga kini.
Kesedaran
Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil. Beliau
dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Berikutan
ayahandanya berkhidmat sebagai panglima istana, dia turut dibesarkan dalam
istana Tengku Seri Maharaja Jeram.
Beliau
belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masih di Makkah,
Patani dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya
berikhtiar membebaskan jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu,
Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri Melayu di Utara dan Timur
Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat Semenanjung.
Perjanjian
Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan,
Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala
Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.
Kehadiran
Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang
diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan.
Mat
Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu
tidak terdaya melawan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram
untuk menubuhkan barisan menentang penjajah itu.
Mat
Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat
Kilau dan Datuk Bahaman.
Sentimen
anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada
Ogos 1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat
perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi
England dalam peperangan itu.
Keputusan
Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia
Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul
Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British
dan sekutunya.
Penindasan
menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu.
Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak
berpuas hati.
Kekacauan
bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk mengutip hasil
kerana hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung. Berikutan
itu, Mat Hassan memutuskan tidak membayar cukai dan memulakan kempen
penentangan.
Disebabkan
tidak sanggup menahan derita, ramai penduduk menyebelahi Tok Janggut dan
kesedaran membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi prolog kisah
perjuangannya.
Pada
29 April 1915, Mat Hassan bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas
di Kampung Tok Akib mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan
mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu
merdeka.
Bagaimanapun
mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang berasal dari
Singapura iaitu Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis,
Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Mat Hassan.
Sarjan
Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada
pagi 29 April bagi memaksa Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba di kampung
itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang
kebanyakannya bersenjata.
Tok
Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan
mengenai tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul
persengketaan. Beliau tidak setuju polis berjalan di belakangnya kerana
kelihatan seolah-olah mereka mengawal tindakannya daripada melarikan diri dan
mahu polis berjalan seiring atau di hadapannya.
Bagaimanapun
polis tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan
kerisnya sehingga mati. Itulah permulaan peperangan antara Tok Janggut dengan
Inggeris.
Tok
janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pegawai Inggeris di
jajahan itu melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut berjaya
menawan Pasir Puteh dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau diisytihar
Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja.
Perkembangan
di Pasir Puteh membimbangkan pihak istana di Kota Bharu kerana sebelum ini
sultan sudah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan memastikan kekacauan
tidak berlaku di Kelantan.
Sejurus
selepas berunding dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad ke-IV mengarahkan
Datuk Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik Mahmud Ismail
bertolak ke Pasir Puteh untuk berunding dan mereka meminta bantuan Datuk Imam
Lebai Kadir.
Ungku
Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau
dan pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan menghalau Latiff yang
dianggap sebagai penindas.
Atas
cadangan Penasihat British dan sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk Menteri,
Sultan Muhammad ke-IV memutuskan menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas
kesalahan menderhaka.
Malah,
satu tawaran turut dihebahkan kepada masyarakat bahawa sesiapa yang berjaya
menangkap Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya akan menerima ganjaran.
Langham-Carter
tidak yakin dengan kemampuan Sultan menghadapi kebangkitan Tok Janggut, selain
mengesyaki baginda dan beberapa pembesar seperti Tengku Chik Penambang
bersimpati dengan Tok Janggut.
Beliau
meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke Kelantan dan seramai 239 askar
Inggeris dihantar ke negeri itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok
Janggut mengambil keputusan bijak dengan tidak berdepan pasukan Inggeris yang
mempunyai kelengkapan senjata itu. Sebaliknya, mereka bersembunyi dan selepas
seminggu, tentera Inggeris terpaksa kembali ke Singapura.
Selepas
mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris
kembali membawa masuk tentera Sikh untuk membakar rumah penduduk kampung.
Tindakan itu mencetuskan kemarahan Tok Janggut dan menyerang khemah tentera di
Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 1915.
Langham-Carter,
Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula memimpin pasukan Malay
State Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan menggeledah rumah Khatib Abu
Bakar di Kampung Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ.
Khatib
Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada mencerobohi rumahnya dan
akibatnya beliau ditikam mati.
Pasukan
Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh
dari Kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu akbar!”, Tok Janggut dan
pasukannya bertempur hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut terbunuh bersama ramai
pengikutnya.
Mayatnya
kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung
dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di
Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan
ROSLI DHOBI
Rosli Dhoby ialah seorang anak muda Melanau yang
dilahirkan pada 1932 di Sibu telah menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak
(GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir
Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi
mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada
tahun 1945.
Beliau telah dipilih oleh Rukun 13 (mengambil nama
sempena 13 rukun dalam sembahyang), dimana Rukun 13 ini ditubuhkan untuk
menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera
Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka. Beliau didapati bersalah
menikam sampai mati Gabenor British kedua Sarawak Sir Duncan Stewart dengan
menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember, 1949. Pada jam 9.30 pagi di
hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi Melanau
yang dipanggil Badik.
Pada 15 Disember1949, Rosli telah dihukum gantung
sampai mati di penjara Kuching tanpa batu nisan..namun beliau telah dikebumikan
semula pada 2Mac 1996 di Sibu.
Ini adalah isi kandungan warkah terakhir Rosli Dhoby
kepada keluarganya sebelum dihukum gantung :
Kepada
ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.
1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.
1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.
2.
Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran
sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.
3.
Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda
dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum
anakanda.
4.
Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.
5.
Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya
kepada Adik Aini.
(Datuk
Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961
bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang
Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri
Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud. Barisan Rakyat Jati Sarawak atau
BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka
Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)
6. Sementara
anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.
7.
Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan
bapa saudara anakanda.
8.
Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan
kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.
Salam
sembah dari anakanda.
Rosli
Dhoby
1 Mac,
1950.
SIAPA YANG PATUT MEMPELAJARI KHAZANAH ILMU PUSAKA WARISAN TANAH MELAYU
ANUGERAH AGUNG INI?
Sesiapa sahaja, boleh memiliki Keilmuan Khazanah Warisan
Hulubalang Tanah Melayu ini! tapi yang paling baiknya! :
1. Guru-guru atau jurulatih-jurulatih
(instruktor) seni silat (baik di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura
atau di mana jua mereka berada) yang ingin menambah ilmu di dada dan
sanggup membuka minda untuk menerima ilmu-ilmu pengetahuan berkaitan (ilmu
kebatinan) walaupun ilmu pengetahuan yang akan disampaikan adalah dari cabang
atau rumpun seni silat yang lain.
2. Ahli-ahli beladiri lain (selain daripada seni silat) yang ingin memahami dan menguasai seni tersebut (ilmu-ilmu kebatinan) dan sanggup berfikiran terbuka untuk mengetahuinya.
3. Sesiapa sahaja (di kalangan anda) yang sanggup berfikiran terbuka dan sanggup berminda optimistik, serta tidak terlalu terpengaruh dengan cerita-cerita di televisyen yang menayangkan segala keburukan, kejahatan, keganasan dan kekasaran seorang ahli beladiri, seolah-olah semua ahli beladiri ini adalah jahat-jahat belaka (zahir ataupun batin). Anda perlu faham bahawa baik dan buruk itu ada di mana-mana, dan begitu jugalah dalam dunia kebatinan. Sebenarnya, individu itu sendirilah yang akan menentukan jalan yang akan dilaluinya nanti berpandukan apa jua ilmu pengetahuan yang telah dipelajari, sama ada untuk kebaikan ataupun kejahatan.
4. Sesiapa sahaja (di kalangan anda) yang ingin memahami rahsia-rahsia kebatinan pendekar handalan di zaman silam seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Tok Janggut,Syarif Masahor,Megat Terawih, Mat Salleh dan seumpamanya.
5. Sesiapa sahaja (di kalangan anda) yang sanggup membuka minda dan hati untuk memahami dunia kependekaran dari aspek ilmu kebatinan.
6. Sesiapa sahaja (di kalangan anda) yang ingin mempelajari dengan pantas selok-belok ilmu kebatinan tanpa perlu pergi merantau ke seluruh pelosok gelanggang dan benua semata-mata ingin mempelajari, seterusnya menguasai ilmu-ilmu pengetahuan seumpama itu yang amat jarang didedahkan.
7. Sesiapa sahaja (di kalangan anda) yang mengakui bahawa ilmu Allah itu amat luas dan tidak sekali berfikir secara negatif dengan keegoan bahawa tiada wujud ilmu pengetahuan (kebatinan) seperti yang bakal dinyatakan.
8. Sesiapa sahaja (di kalangan anda) yang sanggup membuang jauh keegoan dan membuka hati untuk berkongsi ilmu pengetahuan sesama manusia, sesungguhnya ilmu Allah sangat luas.